home tips tutorial

Thursday, September 2, 2010

0
Komen

Takut kah kita?

Sekarang makin takut bila membaca surat khabar atau tonton berita.
Semakin menjadi-jadi kes bunuh,pembuangan bayi,kes dera.
Semakin kelihatan juga tanda-tanda kecil kiamat.

Tanda-tanda kecil kiamat
  • Penaklukan Baitulmuqaddis
  • Zina bermaharajalela
  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
  • Bermaharajalela alat muzik
  • Menghias masjid dan membanggakannya
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
  • Ramai orang soleh meninggal dunia
  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
  • Bulan sabit kelihatan besar
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
  • Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
  • Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
  • Orang akan melakukan homoseksual.
  • Akan terdapat ramai anak luar nikah
  • Berkurangnya sifat amanah
  • Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
  •  Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
  • Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
  • Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
  • Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara..
  • Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
  • Memandang rendah kepada darah
  • Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
  • Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
  • Banyaknya berlaku gempa bumi
  • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
  • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

Terlalu banyak rupa nya tanda-tanda kecil itu telah berlaku,kita tidak sedari atau buat tidak tahu?
Saya bukan lah pandai tentang soal ini tapi sedih bila membaca surat khabar tentang bayi yang di buang.
Sampai begitu sekali gejala sosial melanda.Walaupun negara telah merdeka selama 53tahun tapi belum sepenuh merdeka.Kerana masih di pengaruhi oleh anasir luar dan gejala negatif.Bukan berlagak baik cuma sedih kesian kat bayi tersebut.Pandai buat tapi tak pandai jaga!!
Thanks For Reading

0 comments:

Post a Comment

 
MINE..MINE..MINE..MINE..MINE..MINE..MINE..MINE